HAUSANITIZER- 5 in 1 RM 50 + FREE DELIVERY
|
HAUSanitizer merupakan
produk terbaru keluaran HAUS di bawah rangkaian HAUS Premium. Ia
diformulasi dengan rumusan istimewa bagi membantu para pengguna yang
mementingkan kebersihan diri dan keluarga bagi melindungi mereka dari bakteria
dan kuman. Ini adalah salah satu inisiatif khas dari pihak HAUS kepada
masyarakat dalam situasi yang sedang menggegarkan seluruh dunia
iaitu wabak pandemik COVID-19 oleh virus dari sejenis keluarga
coronavirus. #NoCorona #HAUSCare #HAUSConcern #HAUSContribute #HAUSPrihatin #HAUSCakna
HAUSanitizer
dihasilkan di kilang milik muslim bumiputera Malaysia iaitu GIM Cosmetic
Industries Sdn. Bhd. Pembuatan GIM Cosmetic Industries yang dioperasi
oleh 100% muslim bumiputera juga telah diiktiraf HALAL oleh pihak
JAKIM selain memiliki sijil Good Manufacturing Practice (GMP) oleh pihak
KKM dengan mengamalkan Amalan Perkilangan Baik mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
Pihak
Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) telah
menyarankan penggunaan hand sanitizer bagi mencuci tangan sekiranya berada di
dalam situasi ketiadaan sumber air dan sabun. Ini kerana, tangan merupakan
anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada bakteria dan kuman. Penjagaan
kebersihan tangan adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan yang sejahtera.
Merujuk kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan atau Centres for
Disease Control and Prevention (CDC), penggunaan alkohol sekurang-kurangnya 60%
dan ke atas di dalam hand sanitizer telah cukup mampu menghapuskan bakteria dan
kuman dengan cara penggunaan yang betul.
Bahan-bahan
yang digunakan di dalam HAUSanitizer ini telah terbukti berkesan
bagi menghapuskan 99.9% bakteria dan kuman melalui ujian makmal oleh
pakar sains.
Dengan
menggunakan 70% alkohol di dalam keseluruhan formula HAUSanitizer
ini, ia dijamin dapat membantu membunuh bakteria dan kuman secara terus dan
mengurangkan bakteria dan kuman dengan jumlah yang signifikan dengan mengikut
langkah penggunaan yang betul.
Selain itu,
HAUSanitizer tidak akan mengeringkan kulit walaupun dengan kerapkali penggunaan
kerana Aloe Vera berfungsi memberikan kelembapan yang optimum bagi memastikan
kulit sentiasa kekal terhidrat disamping bebas dari bakteria dan kuman.
KKM
NOTIFICATION NUMBER: NOT200304544K
|
|
|